Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

265 TATATERTIB SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (i) umur pegawai menjangkau 42 tahun dan sekiranya beliau dikenakan hukuman buang kerja akan menyebabkan hilangnya segala hak dan faedah kewangan dan perkhidmatan sebagai pegawai kerajaan; (ii) pegawai telah berkhidmat selama 18 tahun dan dalam tempoh tersebut pegawai belum pernah diambil sebarang tindakan tatatertib; (iii) hubungan pegawai dengan guru dan kakitangan di sekolah sangat baik. Sepanjang perkhidmatan beliau tidak pernah menunjukkan sikap negatif atau pengaruh luar kepada komuniti sekolah; dan (iv) oleh kerana pegawai ini didapati terlibat dalam kegiatan yang memudaratkan keselamatan Malaysia adalah tidak wajar beliau diberi peluang untuk meneruskan perkhidmatannya sebagai penjawat awam. 4. MEMORANDUM KE BAWAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI- PERTUAN AGONG DIANGKAT UNTUK MENDAPAT PERKENAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk membersarakan pegawai tersebut daripada perkhidmatan awam di bawah perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) tetapi faedah persaraannya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak mendapat mengikut Akta yang sama. Faedah persaraan yang dikurniakan kepada pegawai disusutkan sebanyak 40% selaras dengan seksyen 13 Akta yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy