Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

10 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] dan ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut:- “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.” Pertuduhan 2 Bahawa tuan, Encik MBA (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, Sekolah Menengah XYZ, Daerah Q, Negeri SA telah tidak mengetik Kad Perakam Waktu semasa datang ke pejabat pada tarikh-tarikh seperti berikut: Bil. Bulan / Tahun Tarikh Tidak Mengetik Kad Perakam Waktu Bilangan Hari 1. Januari 2003 3, 7, 10 hingga 13, 17 hingga 20, 26, 27 dan 31 16 2. Februari 2003 1 hingga 4, 14 dan 15 6 Jumlah 22 Perbuatan tuan itu telah melanggar arahan Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 - Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu Di Pejabat- Pejabat Kerajaan dan berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy