Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

9 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang pelanggaran tatatertib yang dilakukan pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD / TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie ke atas pegawai. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan 2 pertuduhan iaitu : Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik MBA (KP:000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, Sekolah Menengah XYZ, Daerah Q, Negeri SA telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah pada tarikh 25 Mac 2003 hingga 28 Mac 2003 dan 1 April 2003 hingga 31 Disember 2003.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy