Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

2 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 2. OBJEKTIF 2.1 Objektif Buku Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib ini diterbitkan ialah: 2.1.1 mengenal pasti isu-isu pelanggaran tatatertib; 2.1.2 memberi contoh pertuduhan; 2.1.3 memberi contoh asas-asas pertimbangan dalam memutuskan hukuman tatatertib; dan 2.1.4 memberi contoh hukuman-hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas sesuatu kes tatatertib. 3. ISU DALAM PENGURUSAN TATATERTIB 3.1 Isu-isu yang dikenal pasti dalam pengurusan tatatertib adalah seperti berikut: 3.1.1 Laporan Tidak Jelas / Tidak Lengkap (a) laporan tidak mengandungi maklumat yang jelas berhubung sesuatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy