Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

PENGENALAN 1 TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN BAHAGIAN I PENGENALAN 1. PENDAHULUAN 1.1 Kawalan tatatertib merupakan salah satu daripada elemen dalam pengurusan sumber manusia yang penting. Matlamat kawalan tatatertib adalah bagi membentuk sikap yang positif dan mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan kerana matlamat akhir adalah untuk membangunkan pegawai awam yang berkualiti, berintegriti dan bermotivasi. Pihak Berkuasa Tatatertib harus menyedari hakikat ini dan bertanggungjawab menguruskan tindakan tatatertib dengan adil dan berkesan. Sekiranya hukuman yang dikenakan terlalu berat dan tidak setimpal dengan kesalahan pegawai awam (kecuali buang kerja) ini akan menjatuhkan motivasi pegawai berkenaan dan jika hukuman terlalu ringan , tindakan tatatertib itu tidak berkesan dan tidak menjadi pengajaran kepada pegawai dan pegawai lain. 1.2 Sebagai memberi panduan dalam pengurusan tatatertib, Buku Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib ini telah diterbitkan. Buku ini mengandungi contoh kes-kes yang berlaku di peringkat Kementerian/ Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy