5
SYARAT PENYERTAAN & TATACARA PEMILIHAN
Setiap cadangan idea inovasi yang dikemukakan perlulah idea yang asli,
belum pernah dilaksanakan oleh jabatan dan boleh dilaksanakan pada
keadaan semasa. Idea dan cadangan juga perlu realistik dan tidak
melibatkan kos yang tinggi.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JPA.
Penyertaan terbuka sepanjang tahun. Pemilihan diadakan
dalam dua peringkat iaitu, peringkat saringan yang
diadakan dua (2) bulan sekali dan peringkat pemilihan akhir
akan diadakan pada hujung tahun.
Idea yang paling kreatif, inovatif serta memenuhi keperluan kriteria
layak dipertimbang untuk menerima anugerah ini.
Penyertaan yang layak ke peringkat akhir perlu membuat pembentangan
kepada panel pemilihan berkenaan idea yang dicadangkan.
Keutamaan diberikan kepada
idea inovasi dalam pengurusan
sumber manusia.




