Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 82 ] Sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan metrik sepunya dan komunikasi total Agensi awam perlu bergerak seiring ke arah perubahan bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan metrik sepunya dan komunikasi total. Metrik merujuk kepada piawaian, ukuran, dan penanda aras yang konsisten dan boleh diukur untuk menilai prestasi, kecekapan, keberkesanan, dan kualiti perkhidmatan yang disampaikan. Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, maka agensi awam perlu melaksanakan komunikasi total dalam penyampaian dasar-dasar kerajaan melalui bahasa yang sama kepada semua pihak berkepentingan. Pemerkasaan kerangka integriti dan tatakelola agensi awam Sektor awam perlu memperkasa kerangka tatakelola sedia ada bagi memperkukuhkan lagi tahap integriti, ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, dengan menekankan perkara-perkara berikut: • kebertanggungjawaban Pegawai Pengawal, Ketua Jabatan dan pegawai bertanggungjawab; • tindakan mitigasi dan pembetulan untuk dasar/ keputusan yang tidak selari dengan ketetapan serta matlamat dasar Kerajaan; dan • pengurusan yang sistematik, bersepadu dan berasaskan keberhasilan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy