Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 81 ] Modal insan dan kepimpinan berkebolehan serta berkeupayaan tinggi Pengurusan dan pembangunan modal insan berasaskan kompetensi berupaya membentuk pegawai awam yang dapat menjalankan tugas dengan cekap dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan. Bagi memenuhi keperluan pemimpin masa hadapan, pembangunan bakat kepimpinan berasaskan kompetensi adalah kaedah terbaik dan berupaya melahirkan lebih ramai pemimpin transformasi masa hadapan ( leaders create leaders ). Matlamat dan sasaran PSJPA 2026–2030 tidak mungkin tercapai sekiranya rintangan pelaksanaan ke arah perubahan tidak diuruskan dengan sewajarnya. Secara asasnya, terdapat empat faktor kejayaan kritikal yang wajib ditangani dan diadaptasi secara menyeluruh oleh setiap organisasi, agar agenda perubahan dapat berlaku dengan berkesan. Reka bentuk organisasi berasaskan kompetensi, fleksibiliti dan akauntabiliti Reka bentuk organisasi perlu menyumbang ke arah hala tuju dan matlamat strategik organisasi serta pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing. Ia selari dengan prinsip akauntabiliti dan keperluan mewujudkan agensi awam yang tangkas serta reka bentuk organisasi yang optimum daripada aspek penggunaan sumber ( do more with less ). Ketua Jabatan menyesuaikan keperluan dengan mewujudkan keanjalan ( flexibility ) reka bentuk organisasi berasaskan analisis kerja, kompetensi, kawalan perbelanjaan, pelantikan secara tetap/ kontrak dan pematuhan dasar-dasar perjawatan berasaskan prinsip kebertanggungjawaban (akauntabiliti) dan prestasi ( performance ). Faktor Kejayaan Kritikal
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy