Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 72 ] Kepimpinan Membudaya Nilai Menggerak Perubahan STRATEGI 1 Mengukuhkan Pembangunan dan Penilaian Kepimpinan Berasaskan Pencapaian Strategi ini bermatlamatkan untuk memperkasa inisiatif dalam mengenal pasti bakat berpotensi dan mengukuhkan program kepimpinan. Pengurusan berasaskan kompetensi membolehkan pembangunan kepimpinan dilaksanakan secara strategik. Bakat berpotensi dikenal pasti, digilap dan diuji melalui proses penempatan ke perjawatan strategik, pandu citra dan sebagainya demi mendapatkan ketepatan penilaian. Ia memfokuskan kepada perancangan dan pengurusan kepimpinan yang sistematik berdasarkan struktur pengurusan sumber manusia sektor awam yang kompleks dan berpusat. Ketua Jabatan/ Perkhidmatan menetapkan hala tuju mengikut keperluan penyampaian perkhidmatan agensi. Kamus Kompetensi Kepimpinan dan Modul Kepimpinan Eksekutif dibangunkan dan disokong dengan sistem berstruktur berasaskan pencapaian. Bil. . Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pemilik KPI Sasaran Tahun Selesai P1 Pembangunan Potensi Perkhidmatan Awam 90% pelaksanaan program/ konsultasi perundingan strategik Tahunan BK 5-10% pegawai dalam KBT bagi Skim Perkhidmatan Gunasama 2030 P2 Pengukuhan Penilaian Potensi Dan Prestasi 1 kamus dan 1 instrumen penilaian Kepimpinan Tertinggi Skim Perkhidmatan Gunasama 2027 BK/ BPPD 100% pemakaian kamus dan instrumen penilaian Kepimpinan Tertinggi Skim Perkhidmatan Gunasama 2030 BK Pelan Tindakan JPA TSPA 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy