Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 66 ] Penggunaan Sumber Secara Optimum STRATEGI 1 Mengukuhkan Keupayaan Organisasi Strategi ini bertujuan untuk mengelakkan pertindihan fungsi/ tugas dan mengurangkan birokrasi untuk mengoptimumkan sumber kewangan (saraan) berdasarkan keperluan penyampaian perkhidmatan. Ia juga untuk mengelakkan pertambahan emolumen – penentuan saiz perkhidmatan yang tepat ( right-sizing ) dengan keperluan organisasi. Ketua Jabatan menyesuaikan keperluan dengan mewujudkan keanjalan ( flexibility ) reka bentuk organisasi berasaskan analisis kerja, kawalan perbelanjaan, pelantikan secara tetap/ kontrak dan pematuhan dasar-dasar perjawatan berasaskan prinsip kebertanggungjawaban ( accountability ) dan prestasi ( performance ). Perkongsian data strategik menjadikan proses membuat keputusan cekap dalam proses penempatan sesuatu perjawatan. Bil. . Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pemilik KPI Sasaran Tahun Selesai P1 Rasionalisasi Fungsi dan Peranan Organisasi 100% pelaksanaan Kajian Pertindihan Fungsi Kementerian dan Agensi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2030 BPO 1 Kajian Rasionalisasi Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (Sektor Keselamatan) 2026 15 Kajian Penambahbaikan Skim Perkhidmatan 2030 P2 Fleksibiliti Struktur dan Perjawatan 100% pelaksanaan Kajian Perjawatan Position Based Berdasarkan Bidang Tugas 2027 BPO 100% pelaksanaan Kajian Dasar Fleksibiliti dan Akauntabiliti Pengurusan Perjawatan Sektor Awam 2029 P3 Perkongsian Pintar Data Strategik Sumber Manusia 100% penyelarasan perkongsian data Tahunan BPPD 85% agensi mencapai penarafan 5 bintang KPI HRMIS 2030 BDTM TSPA 1 Pelan Tindakan JPA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy