Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 49 ] Teras ini menumpukan aspek keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan memenuhi keperluan rakyat ( citizen centric ). Ia juga untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan adalah cepat, mudah dan responsif ( timely, accessible and responsive ) atau tangkas. Sebagai contoh, mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan melalui platform digital. Di bawah TSPA ini, strategi yang terlibat adalah seperti berikut: • Mengukuhkan ekosistem inovasi dan keupayaan penyampaian perkhidmatan organisasi (pendigitalan sebagai faktor kritikal untuk menggerak perubahan, pengadaptasian teknologi memuncul, rasionalisasi proses/ prosedur kerja bagi mengurangkan beban kawal selia dan kolaborasi penyampaian perkhidmatan). Turut memfokuskan integrasi keberhasilan agensi awam dengan membangunkan model Integrated Result Based Management (IRBM) bagi mencapai matlamat akauntabiliti pengurusan dan penggunaan sumber secara optimum; dan • Memantapkan pengurusan pelanggan (pengukuhan mekanisme maklum balas dan komunikasi total). Pendigitalan akan memberi impak yang signifikan ke atas keberkesanan perancangan, pelaksanaan dan penilaian kemajuan sesuatu inisiatif Kerajaan. Dalam hal ini, semua agensi Kerajaan perlu mencapai tahap pendigitalan yang tinggi sama ada dalam proses kerja, perancangan dan penyampaian perkhidmatan. Faktor kejayaan pendigitalan agensi awam pula memerlukan kerjasama, perkongsian dan dasar yang saling melengkapi bagi membolehkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan bukan kerajaan dijalin dan saling menyokong bagi membolehkan rakyat dan pengguna menerima kualiti perkhidmatan terbaik. Selain itu, TSPA ini mementingkan hubungan antara agensi Kerajaan dengan organisasi awam dan/ atau pihak swasta dalam pelaksanaan projek atau peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Kolaborasi secara strategik ini mampu mengurangkan pertindihan proses dan aktiviti bagi mencapai matlamat yang dikongsi bersama bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan kecekapan penggunaan sumber awam. TSPA 5 Penyampaian Perkhidmatan Pragmatik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy