Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ iii ] Justeru, perancangan strategik yang menyeluruh dan berpandangan jauh amat diperlukan bagi memastikan cabaran-cabaran ini dapat ditangani secara berkesan dan mampan. Saya juga berpandangan bahawa pembangunan Pelan Strategik JPA ini selaras dengan aspirasi nasional semasa, temasuk Malaysia MADANI, Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-13, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), serta penghayatan nilai-nilai murni perkhidmatan awam. Keselarasan ini secara langsung memperkukuh peranan strategik JPA sebagai peneraju pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam yang responsif terhadap keperluan negara dan rakyat. Pada kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pasukan penyedia Pelan Strategik ini yang saya yakin telah berkerja keras dan penuh iltizam dalam menghasilkan dokumen yang amat dinantikan. Sesungguhnya, Pelan Strategik ini diyakini mampu memperkasa JPA sebagai peneraju perkhidmatan awam Malaysia yang berprestasi tinggi, berintegriti dan berdaya saing. Sehubungan itu, saya yakin Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026- 2030 ini akan menjadi panduan ampuh dalam memacu JPA ke arah memenuhi aspirasi pucuk pimpinan serta harapan rakyat, di samping memastikan perkhidmatan awam kekal relevan dan berkeupayaan memacu kemajuan negara. Penerbitan pelan ini pastinya akan terus menambah kecemerlangan JPA dan mencatatkan satu lagi lembaran penting dalam sejarah pembangunan perkhidmatan awam Malaysia. TAN SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy