Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ ii ] Perutusan KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, serta setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas kejayaan menerbitkan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi dalam membangun, merangka serta mendokumentasikan Pelan Strategik baharu ini secara komprehensif dan berwawasan. Penerbitan dokumen ini amat signifikan kerana ia menjadi rujukan utama hala tuju strategik JPA bagi tempoh lima tahun akan datang, khususnya dalam aspek pembangunan dan pengurusan sumber manusia serta pemerkasaan penyampaian perkhidmatan sektor awam. Secara keseluruhan, pelan ini menggariskan lima teras strategik, 11 strategi, 40 program dan 91 sasaran yang akan menjadi panduan kepada pelaksanaan agenda JPA secara lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi. Pelan Strategik ini dirangka berpaksikan kepada tiga peranan utama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), iaitu sebagai Institusi KPPA, Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan. Seiring dengan itu, pelaksanaan program tindakan disandarkan kepada 14 fungsi makro, tujuh fungsi mikro serta 19 fungsi hibrid mikro dan makro, yang menyasarkan pelanggan dalaman JPA dan juga pelanggan luaran merangkumi keseluruhan sektor awam. Pendekatan strategik ini amat bertepatan dengan realiti semasa, memandangkan perkhidmatan awam Malaysia kini berdepan pelbagai cabaran baharu yang lebih kompleks berbanding era sebelumnya. Antaranya termasuk fenomena ekonomi penuaan penduduk, persepsi dan jangkaan awam yang semakin tinggi, serta keperluan untuk memperkukuh sinergi antara sektor awam dan swasta. Sebagai contoh, struktur demografi negara yang semakin menua menuntut perancangan rapi dalam pengurusan tenaga kerja berusia, perlindungan sosial dan faedah persaraan, selari dengan keupayaan kewangan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy