Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 42 ] Penyeliaan dan pengurusan prestasi juga penting bagi memastikan tahap produktiviti sentiasa tinggi di pelbagai peringkat organisasi. Prestasi berkait rapat dengan kompetensi atau kebolehan pegawai melaksanakan tanggungjawab terutamanya di gred kenaikan pangkat. Oleh itu, tadbir urus yang berkesan memerlukan proses pengurusan prestasi yang sistematik dan penilaian dengan tepat dan objektif. Perkara ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan tahap kepuasan bekerja dengan jumlah pegawai meninggalkan perkhidmatan awam yang rendah. Selain itu, pengurusan modal insan yang efektif melangkaui aspek saraan dan pembangunan kompetensi. Ia juga mestilah berpusat pada kesejahteraan holistik pegawai awam. Di bawah TSPA ini, penekanan diberikan dalam aspek peningkatan kesejahteraan pegawai awam dan organisasi sebagai satu langkah dan pelaburan strategik, merangkumi dimensi fizikal, mental dan emosi. Apabila pegawai awam berasa disokong dan dihargai, tahap motivasi dan komitmen mereka akan dapat ditingkatkan. Ini secara langsung menghasilkan output yang lebih tinggi. Aspek kesejahteraan akan mengurangkan kadar ketidakhadiran ( absenteeism ) dan pusing ganti ( turnover ), seterusnya memelihara memori institusi dan mengurangkan kos pengambilan serta latihan semula. Majlis Apresiasi JPA Tahun 2025 pada 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy