Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 41 ] Teras ini memfokuskan kepada sumber manusia yang berkebolehan dan berkeupayaan tinggi berdasarkan reka bentuk organisasi/ perjawatan serta pengurusan sumber manusia yang sistematik berasaskan kompetensi ( competency based management ). Oleh yang demikian, dua strategi yang terkait di bawah teras ini adalah: • Mengukuhkan pengurusan dan pembangunan bakat dan kompetensi [pembangunan kemahiran generik dan bidang baharu serta penempatan berasaskan profil bakat dan spesifikasi tugas ke arah tenaga kerja sedia masa hadapan ( future-ready workforce )]; dan • Meningkatkan kesejahteraan pegawai awam dan organisasi (kesejahteraan meningkatkan produktiviti dan fokus kepada pengukuhan dasar gaji, elaun dan kemudahan, inisiatif aturan kerja fleksibel dan pembudayaan keseronokan bekerja). TSPA ini menekankan keberkesanan pengurusan modal insan secara strategik dan sistematik berasaskan analisis kerja (deskripsi tugas dan spesifikasi kerja), pengukuran jurang kompetensi, pembangunan dan penempatan modal insan secara bersasar dan berasaskan penilaian prestasi dan keupayaan. Dalam masa yang sama, TSPA ini bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan pegawai mengikut keperluan perjawatan dan penyampaian perkhidmatan organisasi awam. Jurang kompetensi perlu diukur berdasarkan analisis kerja perjawatan dan ditangani melalui pembangunan kompetensi. Seterusnya, tahap kompetensi pegawai akan memberi petunjuk yang lebih tepat bagi kesesuaian penempatan, penilaian dan proses intervensi yang diperlukan oleh pengurusan sumber manusia untuk disesuaikan dengan keperluan penyampaian perkhidmatan. Pembangunan kompetensi pula perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak terhad kepada proses latihan semata-mata. Ia perlu memenuhi keperluan kompetensi perjawatan yang memerlukan proses pusingan kerja, perancangan laluan kerjaya, coaching , mentoring dan penempatan secara peminjaman atau tukar sementara, sekiranya perlu. Perkara ini membolehkan pegawai berada pada tahap yang lebih tinggi dan mencapai tahap produktiviti dalam masa yang singkat. TSPA 2 Modal Insan Berkeupayaan Tinggi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy