Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 95 ] Melalui kelima-lima Teras Strategik Perkhidmatan Awam (TSPA), PSJPA 2026 – 2030 memberi penekanan kepada pengukuhan institusi, pembangunan modal insan, kepimpinan beretika, tadbir urus baik dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat. Penekanan ini selari khususnya dengan aspek SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Teguh) sebagai matlamat utama, dan berkait serta menyumbang ke arah pencapaian matlamat beberapa SDG lain seperti SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan Yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab) dan SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat). Dalam konteks makro, pencapaian SDG memerlukan sektor awam yang cekap, berintegriti dan responsif. Oleh itu, program-program di bawah PSJPA dijajarkan dengan SDG yang relevan bagi memastikan keberhasilan dasar, keberkesanan penyampaian dan impak pembangunan yang mampan kepada rakyat. Senarai 17 SDG adalah seperti di bawah: SDG 1 Tiada Kemiskinan SDG 2 Kelaparan Sifar SDG 3 Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan SDG 4 Pendidikan Berkualiti SDG 5 Kesaksamaan Gender SDG 6 Air Bersih dan Sanitasi SDG 7 Tenaga Mampu Milik dan Bersih SDG 8 Pekerjaan Yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi SDG 9 Industri, Inovasi dan Infrastruktur SDG 10 Mengurangkan Ketidaksamaan SDG 11 Bandar dan Komuniti Yang Mampan SDG 12 Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab SDG 13 Tindakan Iklim SDG 14 Kehidupan Di Bawah Air SDG 15 Kehidupan Di Darat SDG 16 Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Teguh SDG 17 Kerjasama Demi Matlamat D. Tahap Pemakaian Tahap pemakaian program bersifat Makro merujuk kepada kumpulan sasar keseluruhan perkhidmatan awam berdasarkan peranan KPPA sebagai Institusi KPPA dan Ketua Perkhidmatan. Program dilaksanakan oleh Bahagian/ Unit di JPA yang bertanggungjawab dengan fungsi teras JPA. Tahap pemakaian program bersifat Mikro merujuk kepada kumpulan sasar dalaman JPA melibatkan peranan KPPA sebagai Ketua Jabatan. Program dilaksanakan oleh Bahagian/ Unit yang melaksanakan fungsi sokongan di JPA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy