Sejahtera Milik Kita
27 Faktor ekstraversi ini merujuk kepada pemimpin yang penyayang, suka menyertai, suka bercakap, aktif, menyeronokkan dan suka berinteraksi dan bersosial serta mempunyai semangat dan tenaga yang positif. Ciri-ciri ini juga diperakui penting oleh pemimpin dan pengikut kerana sub faktor ini mampu menbantu pemimpin menjelaskan pemahaman berkaitan nilai dan etika dan seterusnya diterjemahkan dalam kod bertingkah laku serta penguatkuasaan (Khademfar & Amiri 2013). Faktor kestabilan emosi pula merujuk kepada tidak terganggu dengan kemungkinan mengalami kecederaan fizikal, berasa sedikit bimbang walaupun dalam keadaan tertekan, mempunyai keperluan yang sedikit dalam berkongsi kebimbangan dengan orang lain dan tidak terikat dari segi emosi dengan orang lain. Kesemua faktor personaliti ini mampu menyumbang kepada perlakuan beretika dan memudahkan pengamalan nilai dalam kalangan pemimpin dan pengikut. PENUTUP Pemimpin perlu memahami bagaimana sifat dan tingkah laku memberi kesan kepada pembentukan nilai dan tingkah laku pengikut. Mereka juga perlu menyesuaikan gaya kepimpinan mereka untuk memimpin seiring dengan keperluan dan nilai yang ingin dibentuk dalam organisasi agar menepati kehendak dan hasrat kepimpinan dalam Perkhidmatan Awam dan Negara.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy