Sejahtera Milik Kita

15 ITEM DAN INDEKS STLD STLD telah dibentuk sebagai senarai semak yang bertujuan untuk mengukur sejauh mana keseriusan masalah tingkah laku delinkuen pesalah remaja di Malaysia. STLD (Jadual 1) adalah alat ukur lapor diri (self-report instrument) yang mengandungi 35 item yang diubahsuai daripada beberapa instrument tingkah laku delinkuen tempatan dan luar negara. Item-item dalam STLD dipilih berdasarkan sembilan alat ukur yang sedia ada di luar negara (Huizinga 1992; Mattern & Nakagawa 2003; Bird et al. 2005; Mondragon 2005; Tarry & Emler 2007) dan dua alat ukur skala remaja berisiko yang digunakan dalam kajian tempatan (Fauziah Hanim 2005; See 2005) serta mengambil kira sepuluh jenis kesalahan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah yang disenaraikan oleh JKMM iaitu bersabit dengan harta benda, bersabit dengan orang, kesalahan jantina, melanggar syarat pengawasan, dadah, judi, senjata/ bahan api, lalu lintas, lari dari Sekolah yang Diluluskan, lain-lain kesalahan termasuklah permohonan tidak terkawal, masuk kawasan larangan, memiliki bahan lucah, merayau tanpa kad pengenalan, dan kesalahan di bawah Akta Mencegah Rasuah, Akta Perikanan, Akta Telekom, Akta Pengangkutan dan Ordinan Keracunan (JKMM, 2004 – 2009).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy