Sejahtera Milik Kita

SKALATINGKAH LAKU DELINKUEN Rusni A Ghani, Phd PENGENALAN Tingkah laku delinkuen merupakan apa sahaja bentuk tingkah laku salah yang dilakukan oleh remaja bawah umur 18 tahun. Delinkuen bukan sahaja melanggar undang-undang, peraturan dan norma masyarakat malahan dianggap mengancam keselamatan masyarakat dan negara serta menghalang kesempurnaan tumbesaran remaja itu sendiri (Rusni, 2013). Delinkuen juga merupakan tingkah laku devian iaitu tingkah laku yang bertentangan dengan norma dan tatasusila masyarakat dan disebut sebagai jenayah apabila tingkah laku devian itu melibatkan kesalahan undang-undang (Rohana 1996). Skala Tingkah Laku Delinkuen (STLD) merupakan satu alat ukur yang dibangunkan oleh penulis (Rusni, 2013) bagi mengukur darjah keterlibatan remaja dengan tingkah laku delinkuen. Buat masa ini STLD telah digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi mengukur tingkah laku delinkuen kanak-kanak terutama bagi kanak-kanak yang menerima perintah Bengkel Interaktif.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy