Sejahtera Milik Kita

KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DI TEMPAT KERJA Ahmad Bukhari Osman PENGENALAN Dalam persekitaran kerja yang dinamik masa kini, kemajuan teknologi yang sangat pesat dan norma masyarakat yang berubah, konsep kesejahteraan pekerja telah mengalami banyak perubahan. Tidak lagi terbatas pada aspek kesihatan fizikal semata-mata, kesejahteraan kini merangkumi pendekatan holistik yang mengintegrasikan dimensi mental, emosi, dan sosial. Kesejahteraan psikologi sangat penting kepada setiap individu, dan mempunyai implikasi besar dalam mempengaruhi kefungsian mental dan kesihatan seseorang (Diener, 2000; Lyubomirsky, King, & Diener, 2005). Dalam pelbagai kajian, kesejahteraan psikologi dibuktikan mempunyai hubung kait dengan pelbagai outcomes, seperti kemampuan belajar secara efektif; produktiviti dan kreativiti; kemampuan menjalin perhubungan yang baik; tingkah laku pro-sosial; dan tahap kesihatan serta jangka hayat (Chida & Steptoe 2008; Diener et al. 2010a; Dolan et al. 2008; Huppert 2009b; Lyubomirsky et al. 2005). Kesejahteraan psikologi di tempat kerja menjadi topik yang semakin mendapat perhatian di masa kini. Menurut data dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi tahun 2023 menunjukkan 4.6% penduduk di Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy