Prosedur Operasi Standard Pengurusan Kandungan Portal JPA

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL RASMI JPA 3 PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL RASMI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 1. LATAR BELAKANG Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan salah satu platform utama JPA dalam menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada pelanggan. Maklumat yang dipaparkan adalah melibatkan perkhidmatan utama JPA dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam yang boleh dicapai secara dalam talian oleh semua pelanggan. Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan Portal Rasmi JPA. Dengan itu, Prosedur Operasi Standard Pengurusan Kandungan Portal Rasmi JPA diwujudkan mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015 - Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam dan peraturan semasa yang berkuat kuasa. 2. TUJUAN Prosedur Operasi Standard ini adalah untuk menerangkan tatacara pengurusan kandungan Portal Rasmi JPA meliputi aktiviti memuat naik, meminda dan menghapuskan kandungan dalam Portal Rasmi JPA berdasarkan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015 - Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam dan peraturan semasa yang berkuat kuasa. Ini adalah untuk memastikan tiada Dokumen Rahsia Rasmi Kerajaan (Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit) dimuat naik di portal sebelum dibuat pengelasan kepada dokumen terbuka mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Prosedur Operasi Standard ini perlu digunakan bagi membantu ahli jawatankuasa dan urus setia melaksanakan tugas dengan cara yang bersistematik dan mengikut prosedur serta tatacara yang telah ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy