Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
134 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 LAMPIRAN ‘F’ PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KOMUNITI KESELAMATAN ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN YANG BERURUSAN DENGAN PERKHIDMATAN AWAM ATAU YANG BERKHIDMAT DI KEDIAMAN RASMI KERAJAAN APABILA TAMAT KONTRAK PERKHIDMATAN DENGAN KERAJAAN BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [ AKTA 88 ] Perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 [ Akta 88 ] dan saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu rahsia rasmi adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun. Dengan ini menjadi satu kesalahan di bawah Akta tersebut bagi saya menyampaikan dengan tiada kebenaran apa-apa rahsia rasmi atau suratan rasmi kepada mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang itu memegang jawatan dalam perkhidmatan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan Malaysia, dan sama ada di Malaysia atau di negara luar, sebelum dan selepas saya tamat kontrak perkhidmatan dengan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia. Saya mengaku bahawa tidak lagi ada dalam milik saya atau kawalan saya apa-apa perkataan kod rasmi, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat, anak kunci, lencana, alat meteri, atau cap bagi atau yang dipunyai, atau diguna, dibuat atau diadakan oleh mana-mana jabatan Kerajaan atau oleh mana-mana pihak berkuasa diplomat yang dilantik oleh atau yang bertindak di bawah kuasa Kerajaan Malaysia atau Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang tidak dibenarkan berada dalam milikan atau kawalan saya. Tandatangan : .................................................................................................. Nama (huruf besar) : .................................................................................................. No. Kad Pengenalan : .................................................................................................. Jawatan : .................................................................................................. Jabatan / Organisasi : .................................................................................................. Tarikh : .................................................................................................. Disaksikan oleh __________________________________________________ (Tandatangan) Tandatangan : .................................................................................................. Nama (huruf besar) : .................................................................................................. No. Kad Pengenalan : .................................................................................................. Jawatan : .................................................................................................. Jabatan / Organisasi : .................................................................................................. Tarikh : .................................................................................................. Cap Jabatan / Organisasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy