Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

133 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN ‘E’ PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KOMUNITI KESELAMATAN ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN YANG BERURUSAN DENGAN PERKHIDMATAN AWAM ATAU YANG BERKHIDMAT DI KEDIAMAN RASMI KERAJAAN BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [ AKTA 88 ] Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan- peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 [ Akta 88 ] dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu rahsia rasmi adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun. Saya faham bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang saya peroleh semasa berurusan dengan perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan atau menyampaikan, sama ada secara lisan, bertulis atau dengan cara elektronik kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, sama ada dalam masa atau selepas berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani satu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila urusan dengan perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia telah selesai. Tandatangan : .................................................................................................. Nama (huruf besar) : .................................................................................................. No. Kad Pengenalan : .................................................................................................. Jawatan : .................................................................................................. Jabatan / Organisasi : .................................................................................................. Tarikh : .................................................................................................. Disaksikan oleh __________________________________________________ (Tandatangan) Tandatangan : .................................................................................................. Nama (huruf besar) : .................................................................................................. No. Kad Pengenalan : .................................................................................................. Jawatan : .................................................................................................. Jabatan / Organisasi : .................................................................................................. Tarikh : .................................................................................................. Cap Jabatan / Organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy