Panduan EKSA JPA EDISI 6
3.4.11 Auditorium/Dewan Serba Guna 1. Menyediakan keperluan umum seperti di Perkara 3.4.1. 2. Memastikan persekitaran auditorium/dewan serba guna bersih, teratur, kemas dan selamat. 3. Memastikan peralatan seperti meja dan kerusi dalam keadaan baik. 4. Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. 5. Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini. 6. Memastikan tanda arah KELUAR dipaparkan dengan jelas, laluan kecemasan tidak terhalang dan lampu kecemasan berfungsi dengan baik. 7. Memastikan alat pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan tidak terhalang. 3.4.12 Perpustakaan/Pusat Sumber 1. Menyediakan keperluan umum seperti di Perkara 3.4.1. 2. Memastikan ruang perpustakaan/pusat sumber bersih, kemas dan teratur. 3. Mempunyai sistem susunan/capaian yang teratur dan mudah (seperti rak/ tanda/label/abjad/bahan). 4. Menyediakan sistem rekod kawalan bahan bacaan untuk memudahkan pemantauan. 5. Memastikan tanda arah/maklumat keterangan petunjuk yang disediakan mencukupi, informatif dan efektif. 6. Menyediakan jam dinding yang menunjukkan waktu dengan tepat. 7. Memastikan sistem kaunter yang berorientasikan pelanggan. 8. Memaparkan etika penggunaan perpustakaan di tempat yang bersesuaian. 9. Menyediakan perhiasan bersesuaian bagi memastikan perpustakaan ceria dan berimej korporat (Rujuk Perkara 3.2.9) 49 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy