Panduan EKSA JPA EDISI 6

1. Kekemasan dan Susun Atur Memastikan meja kerja dan peralatan sentiasa bersih, kemas, tersusun dalam keadaan baik dan tidak berhabuk. 2. Tanda Nama i. Menyediakan tanda nama pegawai pada kubikel yang mengandungi nama dan gelaran, jawatan, nombor telefon dan alamat e-mel menggunakan format jabatan yang seragam dan terkini. ii. Sekiranya ruang kerja pegawai berada dalam bilik yang berkongsi dengan pegawai lain, tanda nama pegawai-pegawai yang berkenaan perlu diletakkan pada pintu bilik dan juga kubikel pegawai. 3. Senarai Aset Alih i. Mempamerkan senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA -7) yang lengkap dan dikemas kini menggunakan format daripada Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA). ii. Kedudukan dan kaedah paparan KEW.PA- 7 diseragamkan mengikut Zon. 4. Laci Pedestal i. Melabel ruang laci pedestal seperti berikut: a) Laci 1 untuk ALAT TULIS; b) Laci 2 untuk RASMI seperti diari, buku perancangan dan buku catatan; dan c) Laci 3 untuk PERIBADI. ii. Barangan yang disimpan perlu mematuhi pelabelan yang ditetapkan. 32 ALAT TULIS RASMI PERIBADI 3.3 RUANG KERJA 3.3.1 Meja Kerja/Kubikel Pegawai PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy