Panduan EKSA JPA EDISI 6
3.2.9 Perhiasan (sambungan) 7. Penggunaan pokok perhiasan dibenarkan pada kadar minimum dan perlu dipastikan tidak menjejaskan bangunan, perabot dan peralatan pejabat. 8. Penggunaan pokok hidup perlu memenuhi perkara berikut: i. Pokok perhiasan berasaskan air diletakkan pada jarak yang sesuai daripada peralatan elektrik dan dokumen. ii. Pokok perhiasan berasaskan air diletakkan dalam bekas yang menampung air dengan baik manakala pokok yang perlu disiram hendaklah dialas dengan pelapik yang menampung air. iii. Pokok perhiasan yang tidak membahayakan keselamatan pegawai seperti pokok berduri, beracun, bergetah dan sebagainya. iv. Kuantiti dan saiz tidak keterlaluan. v. Kedudukan pokok perhiasan tidak mengganggu tugas pegawai. vi. Penyenggaraan dilaksanakan secara berkala bagi mengelakkan habuk, kotoran serta kerosakan pada bangunan dan peralatan pejabat. 9. Pokok tiruan i. Kuantiti dan saiz tidak keterlaluan dan sesuai dengan imej korporat. ii. Dijaga dengan baik dan tidak berhabuk. 10. Penggunaan lanskap berkonsepkan water features dan akuarium tidak dibenarkan dalam ruang kerja. 31 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy