Panduan EKSA JPA EDISI 6
3.2.7 Tanda Nama Bilik/Ruang 1. Menyediakan tanda nama bahagian/sektor/unit dan bilik/ruang guna sama di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. 2. Memastikan semua pintu bilik/ruang diletakkan tanda nama yang sepatutnya. 26 3.2.5 Aset dan Peralatan Pejabat (sambungan) 4. Mempamerkan arahan/notis bagi memastikan peralatan sentiasa disusun kemas dan dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan. 5. Memastikan peralatan tidak diletakkan secara langsung di atas lantai. 6. Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang berisiko mempunyai ancaman keselamatan. 7. Peralatan elektrik digalakkan mempunyai label keselamatan SIRIM bagi memastikan ia selamat digunakan. 8. Memastikan aset dan peralatan sumbangan peribadi didaftarkan mengikut tatacara pengurusan aset. 1. Aset dan peralatan dalam tindakan agihan, pelupusan atau rosak perlu diasingkan, dikumpulkan di tempat yang sesuai, dilabelkan dan diambil tindakan segera. 2. Pelabelan bagi aset/peralatan rosak adalah seperti di Lampiran 4. 3. Pelabelan bagi aset/peralatan/dokumen dalam tindakan adalah seperti di Lampiran 5. 3.2.6 Tanda Arah 1. Menyediakan tanda arah ke bilik atau ruang guna sama dengan jelas. 2. Tanda arah diletakkan di tempat yang strategik dan mudah dilihat. UNIT KEWANGAN UNIT PRESTASI PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy