Panduan EKSA JPA EDISI 6
3.1.11 Imej Korporat 1. Antara objektif utama penjenamaan semula amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk meningkat imej korporat organisasi sektor awam. 2. Pelaksanaan imej korporat dalam EKSA merujuk kepada bagaimana sesebuah agensi kerajaan atau organisasi memaparkan identiti profesional, kemas, sistematik dan mesra pelanggan. 3. Melalui pelaksanaan EKSA, imej korporat JPA diserlahkan menerusi elemen berikut: i. Persekitaran kerja yang kemas, tersusun dan profesional. ii. Susun atur dan perhiasan yang mencerminkan fungsi, identiti, imej, dan penjenamaan JPA. iii. Perkhidmatan yang teratur, berkualiti dan efisien. Imej korporat ialah persepsi masyarakat terhadap sesuatu organisasi, hasil daripada gabungan identiti visual, reputasi, komunikasi dan nilai-nilai yang dipaparkan. Dalam pelaksanaan EKSA, imej korporat diserlahkan melalui perhiasan yang mencerminkan identiti, imej atau penjenamaan organisasi. Apakah yang dimaksudkan dengan imej korporat? 23 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy