Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 5 MENJEJAK MEMORI MENJEJAK MEMORI YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah dilahirkan di Kampung Bachang Pasir Puteh, Melaka pada 9 September 1959. Anak ketiga kepada pasangan Dolah bin Md. Jok dan Siti Jamilah binti Ismail ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka dan Sekolah Menengah Bachang, Melaka (yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, Melaka). Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Am dari University of Hartford, Amerika Syarikat pada tahun 1996 dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi dan Sosiologi) dengan Kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Beliau turut dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1985. Mempunyai sepasang cahaya mata (anak perempuan dan anak lelaki) hasil perkahwinan bersama YBhg. Datin Seri Siti Salmiah binti Haji Jaafar. Beliau merupakan seorang bapa dan suami yang amat penyayang serta sering mengutamakan keluarga dalam mengimbangi antara kerjaya dan masa berkualiti bersama keluarga. Bersama rakan-rakan pengajian Universiti Malaya Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya pada tahun 1983

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy