Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 4 DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan mengalu-alukan penerbitan buku ini yang merakamkan imbasan kepada rentetan sejarah, pencapaian dan legasi kepimpinan YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke-23 sepanjang perkhidmatan beliau di dalam Perkhidmatan Awam. Pembukuan nostalgia, rangkaian sejarah, perkembangan dan pembaharuan perkhidmatan awam melibatkan beliau serta jasa bakti beliau kepada masyarakat adalah signifikan dan wajar untuk diamati dan dicontohi oleh anggota Perkhidmatan Awam yang lain. Legasi Kepimpinan Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke-23 adalah hasil daripada jalinan idea, usaha, kerjasama, dan kesungguhan anggota dari pelbagai lapisan bagi penghasilan sebuah penceritaan dan perjalanan hidup seorang pegawai yang berdedikasi tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang disanjungi ramai. Buku ini merekodkan pelbagai pengalaman dan pencapaian YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah sepanjang 35 tahun beliau menyumbang bakti di dalam Perkhidmatan Awam. Semogabuku ini akanmenjadi pendorongdanteladanuntuksemuaanggotaPerkhidmatan Awam agar terus berusaha dan tekad untuk meneruskan kejayaan Perkhidmatan Awam dalam pelbagai bidang dan perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat. DATUK SERI DR. ISMAIL BIN HAJI BAKAR PENGHARGAAN Ketua Setiausaha Negara PENGHARGAAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy