Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

51 INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA (ILSM), SUNGKAI, PERAK Tarikh Lawatan 25 Ogos 2023 Tahun Penubuhan 2012 Fungsi • Merangka dan menggubal modul dan kurikulum kursus yang melibatkan kursus fungsian dan generik • Merancang, mengurus dan mengendalikan kursus dalaman secara fizikal dan atas talian • Merancang, mengurus dan mengendalikan kursus antarabangsa • Merancang, mengurus dan melaksanakan persidangan, seminar dan bengkel berkaitan dengan statistik • Merancang dan mentadbir urus perkara berkaitan latihan DOSM Visi Institusi Pembangun Kompetensi Statistik yang Dinamik Misi Memperkasa Modal Insan Ke Arah Penyampaian Statistik Mutakhir dan Andal Rumusan Lawatan • Fasiliti yang lengkap namun hanya ada satu (1) kuarters yang siap iaitu kediaman Pengarah • Permintaan yang tinggi bagi kursus yang berkaitan dengan analisis data • Membiayai akses kepada jurnal statistik secara berkala dan boleh diakses melalui portal DOSM • Perpustakaan dijadikan galeri dan pameran mengikut tema yang ditentukan • Lokasi yang agak jauh dari bandar

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy