Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

50 INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN), BEHRANG, PERAK Tarikh Lawatan 24 Ogos 2023 Tahun Penubuhan 1998 Fungsi • Membangun dan menguruskan modal insan perkhidmatan awam melalui penambahbaikan proses dan prosedur kerja pengurusan latihan yang berkesan dan efisien. • Memastikan sumber bahan yang berkualiti berkenaan bidang pentadbiran dan perundangan tanah, ukur, pemetaan, geospatial serta teknologi maklumat berkaitan. • Menyedia latihan dan melaksanakan penyelidikan dalam bidang pentadbiran dan perundangan tanah, ukur, pemetaan, geospatial dan teknologi maklumat berkaitan. • Menjadi pusat rujukan utama dan melaksanakan penerbitan jurnal, buku berkenaan dengan pentadbiran dan perundangan tanah, ukur, pemetaan, geospatial dan teknologi maklumat berkaitan. Visi Pusat Kecemerlangan Latihan dan Pembangunan Kompetensi Dalam Bidang Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan Serta Teknologi Maklumat yang Berkaitan Misi Meningkatkan Kecemerlangan Modal Insan dan Organisasi Dalam Bidang Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan Serta Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyediaan Program Pembelajaran dan Pembangunan Berkualiti Tinggi Rumusan Lawatan • Fasiliti yang sangat lengkap dan jumlah asrama adalah 200unit twin sharing dan 47 unit bilik eksekutif • Penawaran pelbagai kursus fungsian, generik dan ICT • Mempunyai Pelan Strategik 2021 – 2025 • Jumlah perjawatan 159 dan pengisian 140 • Telah mewujudkan Majlis Penasihat Latihan INSTUN (MPLI) • Mempunyai kolaborasi dengan Jabatan Kerajaan dan universiti-universiti • Lokasi berhampiran pinggir banjaran titiwangsa • Fasiliti yang lengkap 250 unit asrama termasuk balai cerap TSHO serta pusat kalibrasi utiliti bawah tanah dan dua (2) buah bot untuk tujuan latihan • Mempunyai kemudahan kuarters pelbagai jenis untuk pegawai/kakitangan INSTUN • Mempunyai kolaborasi dengan Jabatan Kerajaan, pihak swasta dan universiti- universiti • Melaksana program antarabangsa - MTCP

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy