Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
196 INSPEN terletak di lokasi yang strategik iaitu berdekatan Presint 14, Putrajaya dan hanya kira-kira 6km dari pusat pentadbiran kerajaan di Presint 1, Putrajaya. INSPEN, khususnya melalui Pusat Pembangunan Profesional (Pusat Latihan), telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang diiktiraf oleh SIRIM Berhad di bawah pensijilan Malaysia International Organisation for Standardization. Pensijilan tersebut bermula dengan MS ISO 9000:1994 pada tahun 2001 dan kekal sehingga kini dengan pensijilan terkini MS ISO 9001:2015. INSPEN juga melalui Pusat Akademik telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi program akademik ditawarkan iaitu program Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT). Manakala bagi Sijil Agensi Harta Tanah (CEA), ia telah mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) Malaysia. Para graduan INSPEN boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL.A) yang diiktiraf oleh MQA. INSPEN ditubuh untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan Jabatan dan industri harta tanah melalui latihan, penyelidikan dan pendidikan demi memberi perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta yang menepati masa, berkesan dan boleh dipercayai. INSPEN merupakan satu- satunya Institut Latihan Awam (ILA) di Malaysia yang melatih kakitangan dan penggiat industri dalam bidang penilaian dan pengurusan harta tanah yang berkaitan. Fungsi dan perkhidmatan INSPEN adalah seperti berikut: 1. Latihan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 2. Latihan Pengurusan dan Teknologi Maklumat 3. Latihan Profesional dan Pembangunan Eksekutif 4. Penyelidikan Harta Tanah 5. Dana Penyelidikan Harta Tanah 6. Penerbitan Harta Tanah 7. Perundingan dan Pembangunan Produk Harta Tanah 8. Program Pendidikan Bidang Harta Tanah 9. Program Penempatan Dalam dan Luar Negeri 10. Program Ekspot Perkhidmatan Pakar 11. Program Kerjasama Teknikal Malaysia No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Dewan Dewan Jubli (kapasiti 600 kerusi auditorium dan 30 meja bulat) Dewan Nusantara & Dewan Sri Delima (kapasiti 230 orang) Dewan Sri Nilam dan Dewan Sri Topaz (kapasiti 100 orang) Bilik tutorial Sri Topaz dan Sri Zamrud (kapasiti 15 orang perbilik) Bilik kuliah Sri Firuz, Sri Nilam, Sri Intan dan Sri Mutiara (kapasti 34 - 45 orang) Makmal komputer 5 buah (kapasiti 30 orang perbilik) Kerap digunakan/disewa oleh agensi awam, swasta dan individu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy