Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

11 BAB 4 - ANALISIS STRATEGIK PERSEKITARAN 4.1 Hasil Rumusan Analisis SWOT (Kenal pasti) Analisis yang digunakan untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam persoalan kajian ini adalah dengan menggunakan alat pengurusan SWOT Analysis, manakala elemen dalaman akan dianalisis berdasarkan pendekatan Kerangka McKinsey’s 7S. Manakala elemen luaran akan menggunakan pendekatan Analisis PESTEL. Memandangkan kajian ini menjurus kepada aspek satu (1) kumpulan ILA maka tidak semua aspek diambil kira dalam analisis. Secara ringkasnya ia boleh diterangkan melalui Rajah 10. Rajah 10: Management Tools – SWOT, Kerangka 7S McKinsey’s dan PESTEL Analysis i. Kekuatan (Strengths) Senarai kekuatan melalui analisis faktor dalaman ILA mengambil kira pendekatan Kerangka McKinsey’s 7S bagi tiga (3) aspek terpilih iaitu strategy, staff dan skills berdasarkan empat (4) elemen utama iaitu Modal Insan (MI), Proses (P), Teknologi (T) dan Lain-lain (L) adalah seperti Rajah 11.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy