Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

114 (KEMAS) ditubuhkan lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa. Pusat ini telah dirasmikan oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka pada 15 Jun 1963. Bangunan asal Taman Asohan RIDA terdiri daripada blok C, D, E, F, Rumah Pengetua dan Rumah Pegawai MARA. Pada tahun 1968, Taman Asohan RIDA telah ditukar nama kepada Taman Latihan Wanita. Manakala pada tahun 1972, Taman Latihan Wanita telah ditukar dengan nama Taman Latihan Pembangunan Keluarga. Seterusnya pada tahun 1982, Taman Latihan Pembangunan Keluarga telah ditukar nama kepada Pusat Latihan Kemas sehingga sekarang. Pada tahun 1996, pihak MARA (Majlis Amanah Rakyat) telah mendaftarkan pemilikan baru tanah Lot 191 yang berkeluasan 3.21 ekar dengan nombor pendaftaran hakmilik ini ialah 7293. Berikutan daripada pendaftaran pemilikan yang baru, segala urusan pentadbiran Pusat Latihan ini telah dibawah tanggungjawab pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). 4. Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang (PLKKB) Pusat Latihan KEMAS (PLK) Kepala Batas merupakan salah satu Pusat Latihan KEMAS yang terletak di atas sebidang tanah seluas 2.7 ekar di lot 2832. Jaraknya dari Pekan Kepala Batas hanyalah sekitar 1km sahaja. Pusat Latihan ini pada mulanya dikenali sebagai Taman Asuhan (RIDA) Kepala Batas dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Wong Paw Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu pada 15hb Ogos 1963. Pusat Latihan ini berfungsi sebagai pusat penyampaian pelbagai ilmu dan kemahiran kepada kakitangan KEMAS mahupun masyarakat awam. 5. Pusat Latihan KEMAS Terengganu (PLKT) Pusat Latihan KEMAS Terengganu telah dibina ditapak seluas enam (6) ekar di Kampung Seberang Takir dengan nama asalnya Taman Latihan Wanita. Usaha-usaha pembinaannya dimulakan pada tahun 1967 dan pembinaannya disempurnakan pada tahun 1969. Pusat Latihan ini dirasmikan oleh Y.B. En. Ghafar Baba Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia ketika itu pada 4 November 1969. Pusat Latihan KEMAS Kuala Terengganu terletak lebih kurang 10km dari Pusat Bandar Kuala Terengganu dengan perjalanan darat mengambil masa antara 15 hingga 50 minit, manakala perjalanan melalui sungai menggunakan bot bermotor mengambil masa sekitar 15 minit. Pusat Latihan KEMAS Terengganu kekal sehingga kini dan mempunyai 26 orang kakitangan. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √  Auditorium (ILKKL)  Dewan  Bilik Kuliah  Bilik Komputer (ILKKL, PLKM dan PLKKB)  Asrama  Pusat Sumber  Gelanggang Badminton  Dewan Makan  Surau Penggunaan sangat kerap di ILK/PLK 2. Pusat Tanggungjawab (PTJ) √ 3. Penawaran Kursus Kompetensi Generik √  Sijil Pendidikan Awal Kanak- Kanak (SPAK) Secara tahunan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy