Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

113 INSTITUT LATIHAN KEMAS / PUSAT LATIHAN KEMAS (ILK/PLK) ASAS PENUBUHAN: Penubuhan Institut Latihan KEMAS/Pusat Latihan KEMAS (ILK/PLK) adalah berdasarkan kepada objektif berikut: 1) Memberi latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA. 2) Memberi latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja. 3) Menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi. Terdapat 5 buah ILK/PLK di Malaysia seperti berikut: 1. Insititut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL) Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur telah dibina di atas tanah lot no.1100 seksyen 69 dengan keluasan 10180 meter persegi. Pada mulanya dikenali dengan nama Taman Asohan RIDA. Dibuka dengan rasminya pada 4 Jun 1956 oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu. Antara fungsi awal penubuhannya ialah “memberi latihan yang sesuai kepada kaum ibu untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Pertukaran nama pusat latihan adalah seperti berikut: 1963 - Taman Asuhan Wanita 1965 - Taman Latihan Wanita 1975 - Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga 1981 - Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur Kedudukan Pusat Latihan ini terletak di Jalan Syed Putra, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Pada awal pembinaan, ia mempunyai sebuah asrama yang menampung peserta sekitar 80-100 orang pada satu-satu masa. Ia juga dilengkapi dengan sebuah dewan kuliah, rumah pengetua dan enam (6) unit rumah pekerja. Bangunan yang siap dibina pada tahun 1963 ini menempatkan bilik komputer, bilik masakan, makmal pra sekolah dan TABIKA. Pada tahun 2007 hingga 2010, proses baik pulih dan naik taraf pusat ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan. Pada April 2010, Pusat Latihan KEMAS (PLK) Kuala Lumpur menempa sejarah kerana telah diiktiraf menjadi Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK) serta kekal sehingga kini dan mempunyai 27 orang kakitangan. 2. Institut Latihan KEMAS Kuantan (ILKK) Institut Latihan KEMAS Kuantan, telah dibina pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1993 di atas tapak tanah seluas 4 ekar yang mendapat kelulusan pada tahun 1972. Institut Latihan KEMAS terletak berhampiran kawasan Perumahan Medan Tok Sira, Mukim Kuala Kuantan di daerah Kuantan, Pahang. Jarak antara Institut ini dengan Bandar Kuantan adalah 5km iaitu melalui jalan raya. Kedudukan Institut latihan ini begitu strategik kerana terletak berhampiran dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang lain eperti Jabatan Kimia, Maktab Rendah Sains MARA dan Kolej Yayasan Pahang Advance Skills. Kedudukannya juga berhampiran dengan Pusat Peranginan Pantai Teluk Chempedak dengan jarak 3km. Institut Latihan KEMAS Kuantan kekal sehingga kini dan mempunyai 19 orang kakitangan. 3. Pusat Latihan KEMAS Melaka (PLKM) Pusat Latihan KEMAS Melaka telah dibina di atas Tanah Lot 191, Mukim Bukit Baru, Seksyen 3, Melaka dan telah didaftarkan atas nama Taman Asohan RIDA (MARA) pada tahun 1961, Jenis hak pegangan adalah dengan pajakan pihak Kerajaan Negeri Melaka selama 99 tahun. Pembinaan bangunan di atas tanah lot 191 untuk menempatkan taman latihan yang berkeluasan seluas 3.21 ekar dan ditadbir urus oleh pihak RIDA (MARA). Jabatan Kemajuan Masyarakat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy