Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

71 MAKLUMAT TAMBAHAN FUNGSI DAN PERANAN ILA SEDIA ADA PUSAT LATIHAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN (PLATIH) ASAS PENUBUHAN: Sebelum penubuhan Pusat Latihan Awam Kementerian Pertahanan (PLATIH), institusi ini dikenali sebagai RNTC (Royal Navy Training College) semasa era British, kemudian diambil alih oleh R.A.F (Royal Australian Airforce), dan akhirnya diserahkan kepada Tentera Askar Melayu (KEM PULAWAN). Pada tahun 2001 Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) menyerahkan KEM PULAWAN kepada Sektor Awam Kementerian Pertahanan dan dikenali sebagai Pusat Latihan Kementerian Pertahanan (PULAKEP). Pada 2012, PULAKEP telah diperkasakan dan penjenamaan semula oleh Ketua Setiausaha ketika itu dan dikenali sebagai Pusat Latihan Awam Kementerian Pertahanan (PLATIH) sehingga kini. Objektif penubuhan PLATIH adalah untuk menyelaras program Latihan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan dan terlibat dalam menjayakan NBOS (National Blue Ocean Strategy) di bawah inisiatif 1MTC ketika itu. Lokasi PLATIH terletak di kawasan peranginan Bukit Fraser, Pahang dengan jarak kedudukan 99km dari Kuala Lumpur dan bersempadan di antara Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan daerah Raub, Pahang, berketinggian 1,254 meter dari aras laut dengan keluasan 3.4 ekar. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Penggunaan fasiliti di PLATIH sangat tinggi bermula dari Januari hingga September 2024 adalah seperti berikut: 1. Penggunaan oleh Agensi Awam di bawah MINDEF = 9 2. Pelaksanaan oleh Unit Tentera di bawah MINDEF = 5 3. Pelaksanaan oleh Agensi Luar (Kerajaan) = 15 Jumlah Besar Pelaksanaan Program di PLATIH = 29 Namun jumlah ini akan bertambah sehingga jumlah keseluruhan 39 penggunaan berakhir Disember 2024 berdasarkan tempahan yang telah dibuat boleh agensi-agensi Sangat kerap TAHAP PRA-ASAS ( PRE-FOUNDATION )

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy