Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
70 BAB 6 - MEMANDANG KE HADAPAN Untuk memastikan inisiatif pemerkasaan ILA dapat dilaksanakan secara berkesan, menyeluruh dan berperingkat maka peranan pihak-pihak yang terlibat perlu dinyatakan dan diperincikan dengan lebih jelas dan tepat. Ia melibatkan peranan pihak JPA selaku agensi pusat yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pembangunan sumber manusia sektor awam, BPSM Kementerian/Jabatan yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan DLSA dan MyPerformance, serta ILA yang melaksanakan pembangunan sumber manusia berdasarkan kumpulan sasaran peringkat Kementerian, Jabatan dan skim masing-masing. Bagi memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan teratur, maka pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang yang melibatkan tiga (3) pihak telah digariskan berdasarkan Rajah 36. Rajah 36: Pelan Tindakan Inisiatif Pemerkasaan ILA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy