Kesejahteraan Sosial

82 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA UMMU SAKINAH MOHAMAD SUBRI, PhD Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia ummusakinah@usm.my SHARIZAL HASHIM, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia hsharizal@ukm.edu.my RIDZWAN CHE RUS, PhD Profesor Madya Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris ridzwan @ftv.upsi.edu.my 1.0 PENGENALAN Laporan Statistik Negara (2018) melaporkan bahawa pelajar wanita memperoleh lebih banyak kelulusan kejuruteraan dalam bidang awam, kimia, dan bahan berbanding kejuruteraan aeroangkasa, elektrik, dan mekanikal, namun hanya 14.5% jurutera awam yang bekerja adalah wanita. Hal ini dapat disimpulkan bahawa graduan wanita dalambidang kejuruteraan awam kurang tertarik untuk menjadikan kerjaya jurutera sebagai kerjaya masa panjang. Menurut Laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) (2019), sebahagian besar jurutera awam wanita cenderung meninggalkan sektor pekerjaan meskipun telah mencapai tahap pengalaman yang melayakkan mereka untuk kenaikan pangkat disebabkan oleh komitmen terhadap rumah tangga. Tambahan lagi, kajian Snyder (2021) turut menyatakan bahawa jurutera awam wanita yang mempunyai anak bawah enam tahun sukar mencapai kepuasan bekerja dan seterusnya mengekalkan kerjaya. Antara langkah penyelesaian dalam pengekalan kerjaya bagi wanita berkeluarga yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia adalah pengenalan insentif cukai. Insentif cukai ini adalah satu langkah strategik yang diambil dalam Laporan Belanjawan (2019) untuk majikan yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy