Kesejahteraan Sosial

02 INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI 53 5.5 Perluasan Peranan Komuniti Peranan komuniti penting dalam melahirkan komuniti responsif dan resilien. Pemindahan pengetahuan dan kemahiran intervensi krisis penting bertujuan untuk menginstitusikannya dalam amalan harian masyarakat. Ini kerana Masyarakat atau ahli komuniti adalah responders pertama yang perlu bertindak segera memberikan bantuan awal sebelum agensi tiba. Justeru, ahli komuniti seperti pemimpin komuniti, belia, AJK masjid, sukarelawan perlu dibimbing oleh kaunselor daerah atau PIKD melalui intervensi latihan kemahiran menangani krisis. Tambahan cadangan kaunselor bertauliah dengan kemampuan mengendalikan intervensi krisis RPSD merupakan perkara yang penting dalam menjayakan syor dasar ini. 5.6 Pusat Penyelidikan dan Pengumpulan Data Aplikasi mudah alih Intervensi Krisis ini juga berupaya mengumpul data individu yang mendapatkan intervensi krisis. Laporan dapat disimpan serta dapat dicetak jika diperlukan. Ia selaras dengan DKMN dengan memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan dalam bidang kesihatan mental. Melalui penyelidikan, data yang tepat dapat diperoleh bagi meningkatkan pemahaman tentang punca, rawatan, dan pencegahan masalah kesihatan mental. Hasil kajian ini pula membantu dalam merangka strategi yang lebih efektif, mengenal pasti kumpulan berisiko tinggi. Data ini dapat digunakan oleh pihak berkepentingan dalam menyelaras bantuan sokongan yang diberikan kepada keseluruhan masyarakat Malaysia. Intervensi krisis tidak hanya diberikan secara sekali bantuan namun dapat dipantau kesannya kepada individu secara berperingkat dan berkala. Berikut Jadual 3 adalah cadangan strategi dasar dalam bentuk jadual yang merangkumi penerangan strategi, cadangan tempoh pelaksanaan, tempoh jangka masa, strategi pelaksanaan, dan agensi yang terlibat:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy