Kesejahteraan Sosial
52 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 5.3 Latihan Dan Pemerkasaan Profesional (Kaunselor, Pekerja Sosial, Guru, Petugas Barisan Hadapan) Dalam Aplikasi Model RPSD Mewujudkan lebih banyak seminar, bengkel dan latihan kepada kaunselor bagi menyebarkan pengetahuan dan kemahiran mengenai intervensi krisis. Keadaan ini selaras dengan peningkatan kualiti dan standard perkhidmatan kesihatan mental dengan mengutamakan peningkatan kualiti perkhidmatan dan menetapkan piawaian serta protokol. Ia juga merangkumi latihan khusus dalam bidang kesihatan mental dan memberi nilai tambah dengan aktiviti psikopendidikan seperti daya tindak, teknik relaksasi, dan penyelesaian masalah. 5.4 Penubuhan Pusat Intervensi Krisis Daerah (PIKD) yang mengintegrasi khidmat kaunseling, bantuan sosial dan PFA Penubuhan PIKD merupakan strategi penting untuk memperkukuh tindak balas krisis secara lokal, inklusif dan holistik. Jurang perkhidmatan krisis di peringkat daerah yang tidak sistematik dan tidak bersepadu serta kekurangan pengetahuan dan kemahiran petugas barisan hadapan menyukarkanbantuandiberikansegera. Maka, keperluanmenyelaraskan pelbagai bantuan (kaunseling, sosial, kecemasan) dalam satu pusat kendalian tunggal yang mesra rakyat dan mudah diakses diperlukan melalui Pusat Intervensi Krisis Daerah. Ini dapat mewujudkan pusat perkhidmatan krisis daerah yang bersepadu untuk memberi sokongan psikososial yangmenyeluruh, pantas kepada individu atau komuniti yang terkesan oleh sebarang bentuk krisis. Penubuhan PIKD boleh melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO, sukarelawan dalam memberikan intervensi segera.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy