Kesejahteraan Sosial
02 INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI 43 Mengurangkan ( Reduce ) • Kurangkan ketidakpastian dalam penilaian intensiti dan simptom krisis dengan penaksiran sistematik dan tepat. • Kurangkan kekangan dalam akses kepada sokongan psikologi dengan menyediakan maklumat sistem sokongan yang berkesan untuk semua kaunselor di pelbagai organisasi dan agensi. • Kurangkan beban kerja dan tekanan kaunselor melalui penggunaan panduan yang standard dan aplikasi digital yang mempercepatkan proses pengendalian kes. Mencipta ( Create ) • Cipta platform teknologi digital yang menyokong model RPSD, membolehkan kaunselor dan individu berinteraksi secara efektif, dokumentasi rahsia dan pengurusan rekod yang sistematik. • Cipta intervensi dan panduan khusus. • Cipta jaringan sokongan yang melibatkan institusi dan komuniti pelbagai agensi dalam membantu kes krisis. • Cipta budaya kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap perkhidmatan sokongan psikologi 4.2 Memperkenalkan model intervensi krisis RPSD (Rapport, Penaksiran, Sokongan, Daya Tindak) dalam usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi masyarakat Malaysia Model Intervensi krisis RPSD yang dibangunkan merujuk kepada: R - Rapport iaitu perhubungan mesra dalam intervensi krisis. P - Penaksiran iaitu melibatkan penaksiran secara sistematik, tepat dan teliti bagi menentukan intensiti dan simptom krisis. S - Sokongan yang merujuk kepada sumber sokongan yang perlu diberikan. D - Daya Tindak yang merujuk kepada alternatif dan cara penyelesaian masalah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy