Kesejahteraan Sosial

42 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Jadual 1 : Analisis ERRC Menghapuskan ( Eliminate ) • Elakkan intervensi yang tidak sistematik dan tidak komprehensif, yang menyebabkan ketidakpastian dan kekeliruan dalam intervensi krisis. • Hilangkan kekaburan garis panduan praktikal dan konsistensi yang mengakibatkan kaunselor tidak mempunyai rujukan jelas dalam pengendalian krisis. • Hapuskan birokrasi untuk memberi bantuan sokongan kepada klien yang menghadapi krisis. Meningkatkan ( Raise ) • Tingkatkan kualiti hubungan mesra (rapport) antara kaunselor dan klien melalui latihan dan panduan yang menekankan aspek mesra, tulen, dan empati dalam intervensi. • Tingkatkan ketepatan penaksiran krisis, memastikan diagnosis tepat dan intervensi yang bersesuaian bagi setiap individu. • Tingkatkan sumber sokongan yang relevan dan berkesan, termasuk sumber bantuan lain dan alternatif penyelesaian masalah yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia. • Tingkatkan daya tindak melalui alternatif dan pilihan penyelesaian yang praktikal dan adaptif.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy