Kesejahteraan Sosial
05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH 133 Tahap Ketiga (TPE 3) Menentukan Emosi yang positif akan mewujudkan suasana komunikasi yang yakin, ceria dan baik. Manakala emosi yang negatif akan mewujudkan suasana komunikasi yang tegang dan suram. Aktiviti Cita-Cita Saya • Murid dapat menyatakan cita- cita sendiri dengan penuh yakin dan gembira berdasarkan kebolehan yang ada pada diri sendiri dan tahu mengenal pasti suasana emosi di persekitaran mereka. • Menggalakkan murid yakin menunjukkan kebolehan sendiri dan mampu mengenalpasti emosi rakan sama ada menyenangi atau tidak dengan perkara tersebut. 4.2.2 Tahu Memahami Emosi Melalui domain tahu mengenalpasti emosi, terdapat 2 tahap yang terhasil di dalam hasil kajian ini iaitu: Tahap Tahu Memahami Emosi Contoh situasi Tahap Pertama (THE 1) Bersikap positif tentang kebolehan dan kekurangan atau kelemahan kendiri Aktiviti Apa Saya Rasa • Murid tahu memahami emosi diri seperti sedih dan mengatasi kelemahan diri dengan bimbingan guru. Tahap Kedua (THE 2) Membolehkan murid tahu memahami emosi yang meliputi sensitiviti terhadap variasi emosi seperti antara gembira dan teruja. Aktiviti Cuaca yang Buruk • Murid dapat membina bentuk yang diminta guru dan tahu memahami emosi iaitu bersikap positif seperti bangga dengan kebolehan kendiri.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy