Kesejahteraan Sosial
132 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.2 Indikator kecerdasan emosi dalam pembinaan rubrik kecerdasan emosi pada peringkat kanak-kanak prasekolah. Berdasarkan hasil dapatan kajian dan juga daripada pemerhatian serta temubual yang telah dijalankan, terdapat beberapa indikator bagi setiap domain kecerdasan emosi yang terbentuk berdasarkan hasil kajian ini. Pengkaji merangkumkan kesemua indikator mengikut tahap dan contoh situasi yang dipraktikkan di dalam aktiviti kecerdasan emosi yang berlaku antara guru dan kanak-kanak prasekolah. 4.2.1 Tahu Mengenal Pasti Emosi Melalui domain tahu mengenalpasti emosi, terdapat 3 tahap yang terhasil di dalam hasil kajian ini iaitu: Tahap Tahu Mengenalpasti Emosi Contoh situasi Tahap Pertama (TPE 1) Tahu mengenalpasti emosi sendiri dan orang lain melalui wajah, gambar dan juga suara. Aktiviti Mari Membeli • Murid dapat memberi jumlah wang (duit syiling) yang tepat dalam simulasi jual beli dengan interaksi yang yakin dan mampu mengenal pasti emosi ketika proses interaksi. Tahap Kedua (TPE 2) Bertutur dan bertanya dengan penuh keyakinan. Aktiviti Siapa Saya • Murid dapat menyatakan nama diri sendiri dengan penuh keyakinan • Murid tahu mengenal pasti jenis- jenis emosi • Murid dapat menanam rasa yakin apabila berkomunikasi selepas mengenal pasti emosi diri dan rakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy