Kesejahteraan Sosial
04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 113 6. Mengubah persepsi majikan terhadap penjagaan kanak-kanak Kesedaran majikan tentang manfaat penjagaan kanak- kanak di tempat kerja. Sikap bahawa penjagaan kanak- kanak adalah tanggungjawab peribadi menyebabkan majikan tidak terdorong untuk menyediakan kemudahan ini. Mereka sering menganggap penjagaan kanak-kanak tidak berkaitan dengan fungsi atau tanggungjawab syarikat. Meningkatkan kesedaran majikan, membangkitkan empati, dan memasukkan penjagaan kanak-kanak dalam nilai korporat dapat membantu mengubah pandangan ini. Pengiktirafan sosial melalui anugerah juga dapat memotivasikan majikan untuk mengambil tanggungjawab sosial ini. Sikap ini menyebabkan majikan tidak terdorong untuk menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak, menganggapnya sebagai tidak berkaitan dengan fungsi atau tanggungjawab syarikat, dan ini mengurangkan tahap pelaksanaan insentif di kalangan majikan. Empati majikan terhadap cabaran ibu bapa yang bekerja. Galakkan kepada majikan untuk mengambil tindakan melalui testimoni dan kajian kes Pengintegrasian aspek penjagaan kanak-kanak dalam budaya dan nilai syarikat. Penganugerahan kepada syarikat yang menunjukkan komitmen terhadap penjagaan kanak- kanak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy