Kesejahteraan Sosial

112 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 5. Mengatasi masalah tiada insentif atau faedah jangka pendek yang jelas Ganjaran tunai atau potongan cukai segera kepada majikan yang memulakan pelaksanaan. Tanpa insentif jangka pendek, majikan mungkin melihat pelaksanaan kemudahan penjagaan kanak-kanak sebagai beban tambahan tanpa manfaat langsung. Ini menurunkan minat mereka untuk mengambil inisiatif. Ganjaran segera seperti tunai, potongan cukai tambahan, skim ganjaran progresif, atau anugerah tahunan dapat memberikan motivasi segera kepada majikan untuk melaksanakan dan meningkatkan kemudahan penjagaan kanak-kanak. Tanpa insentif jangka pendek, majikan mungkin melihat pelaksanaan kemudahan ini sebagai satu beban tambahan tanpa manfaat langsung, dan ini boleh menurunkan minat mereka untuk mengambil inisiatif menyediakan penjagaan kanak- kanak di tempat kerja. Anugerah tahunan untuk syarikat yang menunjukkan komitmen awal. Potongan cukai tambahan kepada syarikat yang mencapai kemajuan awal. Skim ganjaran berperingkat berdasarkan tahap kemajuan pelaksanaan. Bonus untuk majikan yang mencapai standard tertinggi penjagaan kanak-kanak. Penilaian impak berterusan dan pengemaskinian dasar ganjaran berdasarkan maklum balas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy