Kesejahteraan Sosial
86 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL berasaskan pendekatan kualitatif untuk mengkaji punca utama yang menyebabkan rendahnya kesedaran dan pelaksanaan insentif cukai. Soal selidik telah diedarkan kepada jurutera awam wanita di zon terpilih untuk mendapatkan maklumat yang relevan. Protokol kajian yang terdiri daripada tujuh soalan separa berstruktur telah dibangunkan dan disahkan oleh tiga pakar dalam bidang kejuruteraan. Temu bual separa berstruktur digunakan bagi membolehkan fleksibiliti dalammenangani isu utama sambil mengatasi isu sampingan yang tidak dijangka. Pendekatan ini menggabungkan soalan terbuka, tertutup, dan susulan untuk mendapatkan perspektif yang pelbagai. Temu bual juga memberi tumpuan kepada pandangan industri kejuruteraan mengenai punca utama rendahnya kesedaran dan pelaksanaan insentif cukai. Soalan susulan disesuaikan semasa temu bual untuk meneroka tema-tema yang muncul dengan lebih mendalam. Hasil dapatan dianalisis menggunakan pendekatan tematik untuk mengenal pasti tema serta pola yang berulang. Bagi mengenal pasti sertamenangani punca pelaksanaan insentif cukai yang rendah, analisis punca akar ( Root Cause Analysis , RCA) dan Rajah Pokok digunakan sebagai alat analitik. RCA membantu mengenal pasti faktor utama yang menyumbang kepada isu tersebut, manakala Rajah Pokok digunakan untuk menguraikan punca-punca ini kepada penyelesaian yang lebih spesifik dan terperinci. Gabungan pendekatan kualitatif dan alat analisis yang berstruktur ini penting untuk membangunkan cadangan dasar yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran dan pelaksanaan insentif cukai, khususnya dalam menyokong wanita profesional dalam bidang kejuruteraan. 4.0 HASIL ANALISIS Hasil menggunakan alat pengurusan RCA dan Rajah Pokok ( Tree Diagram ) dalam temubual pula mendapati terdapat enam punca utama yang menyebabkan kesedaran dan pelaksanaan insentif cukai yang rendah. Punca-punca tersebut adalah:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy