Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

108 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Rajah 5 : Model Resiliensi Akademik Dalam Pendidikan STEM Kesimpulannya, cadangan ini menyeru kepada komitmen berterusan daripada semua pihak bagi memastikan pendidikan STEM dan STREAM di Malaysia dapat memenuhi keperluan masa kini dan masa depan. Hanya melalui sokongan yang menyeluruh dan dasar yang kukuh, kita mampu membentuk pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga bersedia untuk menjadi agen perubahan dalam membina masyarakat yang progresif, inklusif, dan berdaya saing. Hal ini membantu memastikan tata kelola dasar utama negara seperti Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Dasar Teknologi Negara (DTN), Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), serta dasar global seperti Matlamat Pembangunan Lestari ( SDG ), khususnya aspek sosial dalam SDG 4: Pendidikan Berkualiti, diberi tumpuan yang sewajarnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy