Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
107 Jaringan sosial ini juga mengukuhkan resiliensi pelajar dalam menghadapi perubahan dan cabaran dalam dunia kerjaya, memberi mereka sumber sokongan tambahan dalam menempuh laluan profesional yang penuh persaingan. Dengan adanya ekosistem sokongan yang menyeluruh ini, pelajar bukan sahaja dibekalkan dengan kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran sosial, nilai resiliensi, dan pemahaman mendalam mengenai impak STEM dalam konteks dunia sebenar. 6.0 PENUTUP Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi pemacu inovasi dan daya saing global, Malaysia perlu melengkapkan modal insan dengan kemahiran dan ketahanan yang menyeluruh. Cadangan dasar untuk memperkasakan kurikulum STEM bersepadu kepada kurikulum STREAM serta pembangunan karakter peribadi berasaskan resiliensi dan sokongan komuniti merupakan langkah strategik ke arah ini. Pelaksanaan dasar ini akan memastikan pembelajaran STEM tidak hanya berfokuskan pencapaian akademik, tetapi turut membentuk individu yang kreatif, berdaya tahan, dan berkemahiran insaniah yang tinggi. Strategi-strategi yang dicadangkan dalam kertas polisi ini menekankan pada pendekatan holistik, yang menyatukan pelajar, pendidik, komuniti, dan industri dalam satu ekosistem pembelajaran yang bersepadu. Dengan penglibatan agensi kerajaan, pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sektor industri, usaha ini dapat diterjemahkan melalui tindakan kolaboratif untuk melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan dalam bidang STEM tetapi juga berketerampilan dalam aspek nilai kemanusiaan dan kreativiti. Infografik di bawah menggambarkan keseluruhan strategi untuk meningkatkan Pendidikan STEM di Malaysia. Rajah 5 menunjukkan Model Resiliensi Akademik Dalam Pendidikan STEM yang mengandungi gambaran keseluruhan tiga syor dasar yang dikemukakan beserta dengan strategi-strategi yang menyokong pelaksanaan setiap syor dasar tersebut. Model ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam pelaksanaan polisi berkaitan dengan Pendidikan STEM dan STREAM di Malaysia. STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy